Wednesday, June 7, 2017

ARTICLE REVIEW 2

Salam dan Selamat Sejahtera



ULASAN :

       Keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik telah dibincangkan dalam artikel ini. Selain itu, artikel ini juga menyentuh tentang kajian untuk melihat sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran konstrukivisme.

         Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaeadah konstruktivisme berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Matematik. Kaedah ini juga lebih menarik kerana pelajar akan lebih berfikir, faham, ingat, yakin, berkemahiran sosial, dan seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa para pelajar amat berpuas hati dan bersetuju dengan kaedah konstruktivisme dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik.

       Pada pendapat saya, sekiranya aktiviti yang dilaksanakan dapat menarik minat pelajar, maka tentulah proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, seseorang guru haruslah bijak dalam menyediakan aktiviti yang dapat menarik minat dan sesuai untuk pelajar. Demi mencapai objektif ini, para guru hendaklah memahami minat, keperluan, dan kehendak para pelajar dengan lebih mendalam melalui pemerhatian dari semasa ke semasa.


Semoga bermanfaat untuk semua 😀

Sekian. -NYR-


 
  

No comments:

Post a Comment