Salam dan Selamat Sejahtera
Antara isu yang agak popular dalam pendidikan Matematik ialah kebimbingan Matematik (Math Anxiety).
APAKAH ITU KEBIMBINGAN MATEMATIK?
Kebimbangan matematik ialah suatu perasaan yang bimbang serta tekanan terhadap gangguan memanipulatifkan nombor dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan matematik dalam kehidupan seharian dan dalam sesi pembelajaran mereka.
FAKTOR TERJADINYA KEBIMBINGAN MATEMATIK

Berdasarkan kajian yang dijalankan (Puteh, 1998), ditemui bahawa punca-punca terhadap kebimbangan matematik berkaitan rapat dengan personaliti guru serta cara pengajaran guru tersebut. Selain itu, peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan kesannya juga merupakan kedorongan berlakunya kebimbangan matematik dalam diri seseorang.
Selain itu, pemindahan dari sekolah rendah kepada sekolah menengah menyebabkan wujudnya kebimbangan matematik kerana suasana pembelajaran sudah berubah dan selain itu, tahap penguasaan matematik juga semakin meningkat mengikut kesesuaian umur.
BAGAIMANA CARA MENGATASI ISU INI?
Menurut Morris (1981) dalam artikel yang bertajuk “Math Anxiety : Teaching to Avoid it”, mencadangkan untuk guru membina pelbagai teknik dan strategi bagi membantu menghalang kebimbangan matematik dikalangan pelajar. Antara teknik – teknik yang dicadangkan ialah suasana bilik darjah yang memberangsangkan dan mewujudkan pengalaman baru yang positif dalam matematik .
Selain itu, guru juga perlu menggunakan contoh atau bahan yang konkrit serta kukuh untuk menghasilkan kaedah pembelajaran yang lebih berkesan. Guru juga perlu memastikan bahawa kesemua konsep yang diajar telah difahami sepenuhnya oleh pelajar sebelum meneruskan sesi pengajaran yang berikutnya. Dengan teknik ini, berkemungkinan boleh mengurangkan tekanan dalam kelas matematik serta guru akan memperolehi maklumbalas yang positif dari pelajar.

Teknik yang saya lakukan ialah pembelajaran berasaskan pengalaman. Sample video saya dari kalangan pelajar Tingkatan 4. Tajuk yang dipilih ialah STATISTIK.
Pelajar mengumpul data mengenai saiz kasut serta berat badan rakan kelas mereka. Setelah itu, mereka akan menjadualkan maklumat yang dikumpul menggunakan jadual kekerapan.
VIDEO KEBIMBINGAN MATEMATIK
Semoga bermanfaat untuk semua 😀
Sekian. -NYR-
No comments:
Post a Comment