Salam dan Selamat Sejahtera
Semoga bermanfaat semua 😀
Sekian. -NYR-
-
ULASAN :
Artikel ini telah menyentuh tentang
kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran yang
digunakan oleh guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik, masalah yang dihadapi semasa menggunakan pendekatan
tertentu, dan hubungan antara pendekatan dengan pengalaman mengajar. Tiga
pendekatan yang telah difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan
guru, pendekatan berpusatkan pelajar, dan pendekatan berpusatkan bahan.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa
kebanyakan guru lebih menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan bahan jika
dibandingkan dengan pendekatan berpusatkan guru. Walau bagaimanapun, pendekatan
berpusatkan guru masih digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Pendekatan berpusatkan pelajar dapat mewujudkan komunikasi dua hala di mana
guru akan mengemukakan soalan dan menggalakkan pelajar untuk berfikir bagi
mendapatkan jawapan yang betul. Dengan cara ini, para guru dapat mengembangkan
bakat pelajar dan dapat menggalakkan pemikiran yang kreatif dan inovatif.
Aktiviti kumpulan yang memerlukan pelajar meneroka sendiri masalah yang diberi
di bawah bimbingan guru pula dapat memberi kesan ingatan jangka panjang kepada
para pelajar.
Selain itu, para pelajar dapat
memahami sesuatu konsep matematik dengan lebih mudah sekiranya pendekatan
berpusatkan bahan digunakan. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu
guru menjelaskan sesuatu konsep yang abstrak dan memerlukan pendedahan dan
penglibatan kejadian yang sebenar, terutamanya topik transformation.
Pendekatan berpusatkan guru juga
digunakan untuk menunjukkan sesuatu konsep atau menunjukkan langkah
penyelesaian di hadapan pelajar. Namun, pendekatan ini sering kali menyebabkan
pelajar kurang aktif dan kurang memberangsangkan. Lagipun, terdapat juga
pelajar yang menghafal rumus tanpa memahami konsep matematik yang sebenar.
Pembelajaran sebegini dalam matematik adalah tidak bermakna. Guru bukan sahaja
aperlu menjelaskan tentang penggunaan rumus, malah juga konsep matematik di
belakang rumus tersebut.
Pada pendapat saya, pendekatan
berpusatkan guru masih boleh digunakan, namun ia bergantung pada kesesuaian
sesuatu topik yang ingin diajar. Perancangan yang secukupnya sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dalam memastikan sesuatu yang
ingin diajar itu dapat disalurkan kepada minda pelajar dengan berkesan dalam
masa yang singkat.
Semoga bermanfaat semua 😀
Sekian. -NYR-
No comments:
Post a Comment